Pendarahan Pada Mata – Subconjunctival Hemorrhage

pendarahan pada mata

Saya perlu berehat – tetiba saya alami masalah pendarahan mata atau pecah salur darah di mata ( bleeding / broken blood vessel) tak rasa sakit, tak rasa rabun dan berlaku di sebelah mata saja.

Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa

Sama macam lebam. warna merah pada mata akan tukar jadi warna perang, kuning dan akan beransur² hilang dengan sendirinya.

Ianya dipanggil subconjunctival hemorrhage . Ianya tak ada ubat, kena tunggu dia hilang dalam tempoh seminggu.  Biasanya saya gunakan tuala yang direndam dalam air sejuk dan diletakkan menutup bahagian mata.

pendarahan pada mata

Tahun 2008 pernah terjadi sekali.  Saya ke klinik.  Bukan untuk dapatkan ubat kerana saya tahu tiada ubat sebenarnya tetapi lebih kepada ingin mendapatkan pendapat dari seorang doktor. Kisah dulu di sini – Saya perlukan doktor mata bukan doktor gigi , Lady Dark

Dalam bilik pesakit, doktor membelek mata saya dan memanggil pembantu perubatan yang masih muda.  Saya rasa seorang pelatih dan doktor bertanya apa nama sakit yang saya alami kepada beliau.

Mungkin dalam keadaan belum bersedia atau tergaman, pelatih tersebut tergagap² menjawap pertanyaan doktor.

Tiba-tiba saja saya bersuara perlahan dengan lidah yang berpintal²  :  “subconjunctival hemorrhage , doktor “

Doktor pandang saya dan bertanya : ” Mana awak tahu?”

Penuh keyakinan dengan hidung yang kembang, saya mendongak dan menjawap   : “Google”

Jangan keluh kesah walau engkau lelah, hidup ini tetap indah

Saya cuma perlu rehatkan mata, banyak sangat membaca dalam talian. Itu saja. Doakan anak² saya – Intan yang akan menghadapi UPSR esok dan Angah yang sedang menempuh Peperiksaan Percubaan SPM bermula hari ini.


26 Replies to “Pendarahan Pada Mata – Subconjunctival Hemorrhage”

  1. Salam Aidilfitri! Harap tak lewat sebab masih dalam Syawal. Ingin saya mendoakan semoga Kak Jie pulih dari masalah yang dihadapi berkenaan mata tu. Juga semoga Intan dan Angah cemerlang dalam peperiksaan besar mereka terkini.

    Teringat gak anak sendiri pun tah apakan cerita. Seorang nak PMR dan seorang nak UPKK(penilain darjah 5 sekolah agama). Allah huakbar!…

  2. Semoga cepat sembuh Kak Jie 😐

    Iza pun ada problem jugak ngan mata, tapi tak pi jumpa dr lagi w/pun dah lama terasa tak selesa pada mata.

  3. untuk kak jie…..moga cepat sembuh…dan banyakan rehat,tapi kena ambil intan pergi dan balik sekolah tau….
    Untuk Intan…semoga intan dapat menjawap soalan pepereksaan dengan sempurna dan betul….untuk semua paper tau.
    Untuk angah…semoga tenang dalam menjawab soalan trial exam tu….dan seterusnya peroleh keputusan yang cemerlang. 😛

  4. arwah emak sy pernah beberapa kali mengalaminya, punca drpd diabetes. arwah kata segala yg dipandangnya nampak merah. ambil masa beberapa hari utk darah tersebut menghilang perlahan2. jgn angkat barang2 yg berat, jgn tunduk, jgn stress mata tu…
    Jom terjah post menarik dari kenari ..Pergi Untuk Selamanya…My Profile

  5. kak jie.. kalau pakcik google dengar kak jie memetik namanya, tentu shj dia turut berbangga .. silap2 dapat tawaran utk rawatan sakit yg itew.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Damailah DuniaMy Profile

  6. Banyakkan berehat sementara pendarahan kembali pulih.

    Dulu anak saya, abang Ngah pernah dicucuk oleh abang Lang dengan rotan pada mata nasib baik tidak apa-apa kecuali bergaris menyebabkan penglihatan kabur. Berulang kali turun naik hospital kerajaan buat rawatan hingga pulih.

Comments are closed.