Salam Perkenalan Yang Mesra

Saya suka pergi pasar pagi di Batang Kali. Kadang-kadang tak ada niat nak beli apa sangat tetapi persekitaran pasar pagi memang best. Macam-macam benda yang tak terduga kita boleh jumpa.

Hari ini saya jumpa seorang budak berumur lingkungan 10 tahun baru susun anak ikan puyu di dalam cawan plastik.

beli ikan puyu

Dia baru saja letak atas meja. Ikan Puyu Wak – secawan RM 2.00.  Anak ikan puyu yang bersaiz besar satu cawan 2 ekor dan kebanyakkan yang lebih kecil secawan ada 3 ekor.

ikan puyu

Saya beli ikan puyu secawan. Kelakar pula bunyinya. Orang beli ikan seekor atau sekilo, saya beli secawan.

kucing dan ikan

Balik rumah… sebelum dilepaskan ke dalam kolam , saya bawakan Julie untuk berkenalan.

kucing tengok ikan

Muka Julie excited sungguh.

kucing dan ikan puyu

Acara bertentang mata kucing dan ikan.  Pertama kali nampak ikan secara dekat walaupun setiap hari dia nampak ikan talapia.

kucing tangkap ikan

Geram sungguh tengok ikan bergerak-gerak.

ikan puyu

Saya tengok juga apa aksi Julie seterusnya. Kucing mana menolak ikan, kan.

Tetapi selepas 5 minit menghidu, menguis secara perlahan, Julie pun berlalu pergi. Dia tak berniat pun nak jadikan puyu sebagai santapan.  Salam perkenalan yang mesra.

TAK KLAPAQ aihh  nak makan hang, kata Julie!

Kata orang ada macam-macam kepercayaan mengenai ikan puyu. Saya beli anak ikan puyu ini hanya  kerana ternampak dan memang kat rumah ada kolam yang boleh memuatkan ikan. Dulu saya beli Si Bulan pun sebesar 3 jari.

Kisah Si Bulan 2
Kisah Si Bulan 1

Harap-harap 2 anak ikan puyu tersebut akan hidup sihat seperti ikan lain.  Saya tak berapa suka bela ikan di dalam rumah, kena ada komitmen nak menjaga.  Ikan saya dilepaskan di dalam kolam dan disalurkan dengan air bukit yang mengalir.  Bila hujan ,  air  dari bumbung rumah juga disalurkan ke dalam kolam.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. lucu sekali kucingnya,,,

  2. kucing kak Jie kata bukan taste dia makan ikan puyu, biasa dia makan ikan besau punya….hihi
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Kisah Dari Negeri MelakaMy Profile

  3. Petua org tua2 utk mengelakkan pukau pun ye kak bela puyu ni.

    Julie tu kucing moden, ai makan biskut ja katanya…ahahhaa…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Sebenarnya Saya Isteri Dia – Datuk Dia Ke?My Profile

  4. Julie berpura-pura tak minat ikan tu sebab tuannya ada kat depan mata.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Semangat Baru Dengan Thesis SukaSedapMy Profile

  5. Julie pun tak hingin nak hadap si puyu ni..cuba goreng kunyit tengok…hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Godaan Yang Sukar Ditolak?My Profile

  6. Dia malu-malu Julie lagi ….camera dok ada …tunggu lepa sikit mesti tumpah air dalam cawan ..ikan hilang ???
    Jom terjah post menarik dari azahairi ..Afiq Umar Thaqif 1 tahunMy Profile

  7. Baik betul si Julie.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..KL Drift versi Adnan Sempit Tidak TersepitMy Profile

  8. dulu kecik2 pernah juga bela ikan puyu…ikan puyu senang jaga , jangka hayat pun lama sikit berbanding ikan emas…hehe
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Naik Beca di MelakaMy Profile

  9. Nampak gaya Julie ni macam jenis bulu panjang juga.
    Kucing saya, sebaya Julie juga, tapi dah hilang. Saya syak orang culik la..
    Jom terjah post menarik dari HipMommy ..3 Things To Do In Kelantan on FridayMy Profile

  10. dia nak berkawan la tu..hu3
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Ketagihan Teknologi TerkiniMy Profile

  11. comelnya Julie… Pandai Julie berkenalan ngan ikan puyu yg comel gak tu
    Jom terjah post menarik dari ieta ..SEGMEN BLOGLIST MA’AL HIJRAH 1435HMy Profile

  12. Tengok matanya tudia mcm tak pernah jumpa ikan. Hehe

    Sy ada jumpa ikan kecik je, warna biru hitam kat pasar mlm jumaat lepas. Cantik sngat tapi tak beli pun. Takde tempat nak letak dia.
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Tanda-Tanda Pasangan Anda CurangMy Profile

  13. Bila tgk julie macam tu….
    rindu pulak ngan julie.

  14. Kolam ikan kami pun ada ikan puyu
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Pengguna Internet diancam jenayah siber salah sendiriMy Profile

  15. ikan puyu wak, first time dgr, ke wak tu branding adik tu?
    Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..FROYA: We’re HereMy Profile

  16. Nak tergelak tengok Julie tenung rapat ikan tu hihi. Tapi nasib Julie tak ngap hi.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..6 Makanan Terbaik Untuk Cegah & Rawat KanserMy Profile

  17. macam comel aje dia usik-usik tu. hehe
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAHMy Profile

  18. ikan yang tahan lasak ni..ganas pun ye..silap2 pegang, luka jari..hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Menipu Jual DurianMy Profile

  19. salam perkenalan yg mesra.. cumil sgt julie nih…
    Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Semakin sembuh… 🙂My Profile

  20. ye..ikan puyu yg ada memacam kisah…ohoo..bagus kucing kak jie..baik budaknya..ehhe
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Sampai Bila Jadi Blogger?My Profile

  21. Ha ha. Comel je Julie bila dia merenung ikan tu.
    Jom terjah post menarik dari Fadhil Husin ..Aku dan Hobi Mengumpul Komik Kungfu Hong KongMy Profile

  22. Comelnyee aksi Julie berkenalan dgn ikan
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Hadiah Wang Tunai RM40,000 daripada Yeo’sMy Profile

Trackbacks

  1. […] yang saya beli ikan puyu ( baca di sini – Beli Ikan Puyu ) saya jalan tiap simpang. Tengok orang jual bunga, jual buah, jual ikan sungai selain barangan […]