Syukurlah hidung masih penyek

Entri ini ada flashback!

Dua tiga hari lepas, saya dah tak ingat bila ( biasalah, buat baik dan lupakan ) jam melepasi 11 malam.  Bintang berkelipan  menghiasi dada malam menemani bulan yang kesepian.

Saya baru bercadang untuk tidur bila tiba-tiba terdengar ada orang sedang memanggil di luar pintu pagar. Saya selak langsir tingkap dan melihat seorang lelaki berdiri di seblah sebuah kereta Wira.


Saya buka pintu – jarak pintu rumah dan pagar rumah saya agak jauh , sebab itu saya berani.

” Saya Dino, dari Jalan 8, Saipul ada?”

Oh..saya kenal dia, jiran kami di Jalan 8. Pernah juga bertegur sapa dengan isterinya.

“Tayar kereta  Serena  kawan saya pancit, saya dah bawa tayar Wira, rupanya tak boleh, tak masuk…. puas saya fikir siapa yang ada Serena…bla..bla…bla…”

Kerana dia pegawai polis, jiran yang saya kenal – saya buka pagar dan benarkan dia ambil tayar simpanan kereta saya. Kalau saya tak kenal, memang tak berani nak buka pintu.

****************************************************

Hari ini hantar Angah untuk duduki UKKM di MRSM Kuala Kubu Baru. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba bunyi letupan yang agak kuat. Saya rasa tayar dah pancit sebab pemanduan rasa bergegar dan tidak stabil.

Masalah ni………. tayar spare belum dipulangkan.

Saya berhenti di tepi dan check kesemua tayar kereta dalam keadaan baik tetapi arm / exzober/ drive shaft ( saya tak pasti apa namanya ) di sebelah kanan tayar belakang dah terjuntai. Ganas giler makcik ni memandu!

serena rosak
Saya ambil keputusan untuk memandu perlahan hingga ke rumah.   Mungkin esok atau lusa baru bawa ke workshop .  Saya boleh gunakan kereta lain.  Sejam kemudian,  Dino datang untuk pulang tayar yang dipinjam. Saya tunjukkan masalah kereta saya dan minta beberapa pendapat dan nasihat.

” tak apa…nanti saya minta budak-budak saya datang ”

Dia telefon seseorang. Saya hanya diam.

“Nasib baik tak jadi apa-apa, tak laju kot?”

” A’ah….saya bawa perlahan je….”

Kalau saya Pinocchio , mungkin hidung saya dah bertambah panjang 5 inci. Orang hilang akal saja nak mengaku dengan polis trafik dia bawa laju…  :lol:

Sebenarnya bab-bab kereta dan workshop bukanlah masalah bagi saya kerana sejak dulu lagi memang  saya dah biasa, tetapi tak rugi apa-apa pun kalau ‘nampak bodoh’ dengan orang yang lebih pakar.

Sejam kemudian berderum depan rumah saya – terkejut! Jiran saya sampai dengan pomen diiringi dua anggota polis trafik!

‘Budak-budak saya’ yang dimaksudkan oleh beliau berpangkat Sarjan. Saya pun tak pernah tahu apa pangkat jiran saya. Encik Sarjan inilah yang telah menggunakan tayar kereta saya beberapa hari yang lepas.

Bila segalanya dah selesai, kereta saya dibawa ke workshop dan encik-encik polis trafik bermotosikal besar berlalu pergi, saya masih lagi terkejut. Tidak sangka begitu sekali mereka memberi penghargaan kepada pertolongan saya yang tidak seberapa itu.
keywords bulan lepas kujie2
- Blog saya juga mesra dengan polis trafik :lol:

©Kujie – sekali fikir macam pesalah trafik  kena serbu dengan polis sebab tak bayar saman Ops Warta je… hehehehe

Post Lain Yang Berkaitan

58 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.11 21:48, x-po menulis:

    perrggghhh, terbeliak mata ni tgk hits trafik tu.. :shock:
    x-po´s last blog ..SAYA MASIH ISLAM. TAK PERCAYA KE? My ComLuv Profile

    • Pada 2009.12.11 21:52, whose menulis:

      huhu…dasyat giler ada pengalaman macam itu…
      memang dasyat…
      ingatkan pasal apa td…
      kalau tak bermalam ar kujie dalam lokap..
      takpe2..ak lawat tiap2 hari kalau ko macuk sana…hikhik..
      whose´s last blog ..Bila Genius Matematik bersuara….. My ComLuv Profile

      • Pada 2009.12.11 21:59, beliamuda menulis:

        sesekali buat ***** depan orang lebih pakar tu ok juga… selalu juga buat macam tu.. kan nnt dia yang lebih pakar, kita tak tahu, buat memandai lak…
        beliamuda´s last blog ..Gambar PM Sedang Berkicau My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.11 22:08, kenari menulis:

          buat baik di balas baik, pasni kalu ada saman trafik sure kujie takde masalah :mrgreen: tapi tak baik kan ambil kesempatan atas kebaikan org lain kpd kita
          kenari´s last blog ..PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.11 22:08, cheryna menulis:

            pergghhh..ensem tak kak jie? dah kawen ke belum (komen gatal malam2 buta/..eheheh)
            cheryna´s last blog ..sha: the colour of your blog My ComLuv Profile

            • Pada 2009.12.11 22:16, Abg Din menulis:

              wahh…buntang mata abgdin…bila la blog abgdin nak capai traffic tinggi cam tu…..

              tajuk entri tak menahan…..
              :D

              • Pada 2009.12.11 22:20, Azfarul menulis:

                aaaaa….Terlopong tengok trafik tu… :shock:
                Azfarul´s last blog ..Korang Ingat Lagi Iklan Kit Kat Karaoke Machine? My ComLuv Profile

                • Pada 2009.12.11 22:23, Kujie menulis:

                  @x-po, doktor mata tak de kt sini

                  • Pada 2009.12.11 22:25, Kujie menulis:

                    @whose, a’aa… mmg tak terfikir pun
                    polis trafik bermotor besar gedabak mcm tu dpn rumah
                    mesra alam pula tu…

                    hehehe…. rasanya kalau dtg dgn wartawan, bergari msk tv tu :lol:

                    • Pada 2009.12.11 22:26, Kujie menulis:

                      @beliamuda, betullah tu… walaupun benda tu boleh buat sendiri tapi bila kita tahu org tu lebih pakar…tak salah dengar ckp …he he he

                      • Pada 2009.12.11 22:28, Kujie menulis:

                        @kenari, sampai hati ni tak dpt ingat bilalah dia dtg malam2 buta tu minta pinjam tayar spare… mmg tak ingat langsung…

                        kalau nk ambil kesempatan, masa kena saman sampai 24 tu dah cari dia….tp settle sendiri2…tak bestlah nak buat kawan kita rasa serba salah nanti :lol:

                        • Pada 2009.12.11 22:31, denaihati menulis:

                          suatu pagi ketika saya memandu Naza Ria untuk interview tender tiba-tiba bunyi tayar meletup … dalam hati abis lah mesti tak sempat interview tender ni sebab saya memang jahil bab-bab kereta ni … saya memandu kebahu jalan sambil fikir apa nak buat. Belum sempat saya turun dari kereta tiba2 ada kereta 4WD berhenti belakan saya. Dia kata kereta abg puncit ni… tak pe biar saya buat. Dia keluarkan peralatan dan terus buat kerja. Tak sampai 5 minit semua selesai. Selesai je dia minta diri sebab ada meeting. Katanya kerja kat MAS. Silap saya tak ambil no hp dia. Saya selalu doakan semuga Allah mudahkan urusan dia walaupun peristiwa itu sudah 4 tahun berlalu. Bersyukur kerana kak jie dapat membantu dan di bantu org yg sama.
                          denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.12.11 22:35, blowie menulis:

                            hahahahaha,dia saje nak test kakjie tu kott.
                            dia tau kakjie bwk laju,hahaha :P
                            blowie´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.12.11 22:45, izzah menulis:

                              salam..
                              kak jie..tersenyum simpul baca entry nih…
                              hehehe..best tuh…pak polisi tolong jadik pomen…
                              ahahaha..
                              kalau dorg baca entry akak pasal saman tuh..apa respon agaknyer yer…
                              ngeeeee

                              • Pada 2009.12.11 22:46, Kujie menulis:

                                @cheryna, sha agak? :lol:

                                • Pada 2009.12.11 22:47, Kreuger menulis:

                                  kak jie… ajar nak dapatkan hits macam tuh jugak boleh tak?
                                  Kreuger´s last blog ..Aktiviti melepak dalam office sambil mogok tak puas hati. My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.11 22:53, Kujie menulis:

                                    @Kreuger, ramai yg tanya soalan mcm tu

                                    jawapan tepat tak ada – kak jie tak fokus pada SEO

                                    apa yg kak jie tulis adalah pengalaman sehari2 dlm hidup – contoh pasal saman polis trafik tu… masa buat entri tu, langsung tak tau keyword tu akan bagi hits pada blog ini…

                                    tips mudah la kot – jgn guna target keyword yg ramai org guna… hehehe..kalau blog kita cukup kuat, mgkn boleh bersaing la kot…
                                    :lol:

                                    • Pada 2009.12.11 22:56, Kujie menulis:

                                      @izzah, masa polis tu berderum deram dpn rumah…anak2 buah kak jie semua tercongok atas tangga…huhuhu…bukan senang nk dekat dgn motor polis trafik tu :lol:

                                      psl saman tu – sebenarnya seblm pergi balai hari tu, ejen insuran kak jie bagi satu nama -dia suruh jumpa seseorg…tapi kak jie tak cari pun org tu…malulah nak minta tolong perkara yg mmg kita buat salah – rasa lebih lapang selesaikan sendiri.

                                      rakyat bertanggungjawap ni… :lol:

                                      • Pada 2009.12.11 23:06, Kujie menulis:

                                        @Abg Din, puas nak fikir pasal tajuk tu

                                        cuma ada kisah Pinocchio sikit, bolehlah guna tajuk tu

                                        bab trafik – selalu kt jalanraya..mesti dah faham bab trafik ni abg din :lol:

                                        • Pada 2009.12.11 23:11, Mr.Bintang menulis:

                                          fuyoo.. kak.. ape rahsia? traffic dari keyword sungguh mengagumkan.. hehehe.. :P cam tak caye je sampai baribu² traffic dari keyword tu. hihi..

                                          kalau saman polis traffic tu mungkin dah musim kot kan? musim saman menyaman… pastu org x tahu makan saman tu cari kat tenet.. ahaha.. :P

                                          • Pada 2009.12.11 23:12, Kujie menulis:

                                            @Azfarul, punyalah susah payahnya kak jie enterpremkan encik2 polis tu….trafik yg tu juga lah korang minat..ishhh….. ;-)

                                            • Pada 2009.12.11 23:14, Kujie menulis:

                                              @blowie, awk ni mcm abg kak jie le pula
                                              tiap kali bersembang , berskype…yg di pesan…yg di ulang2

                                              bawa kete lek lok..jgn laju2….nnt berekor2 saman…

                                              aish…. dia je tau mcm mana kak jie bawa..hehehe :lol:

                                              • Pada 2009.12.11 23:18, Kujie menulis:

                                                @denaihati, selalu pesan dgn anak-anak – nak tolong org jgn fikir 5-6 kali krn mgkn itulah peluang yg tak dtg 2-3 kali.

                                                • Pada 2009.12.11 23:21, Kujie menulis:

                                                  @Mr.Bintang, tu hits ke entri kak jie – ada 24 saman polis, tak boleh renew roadtax

                                                  entri kak jie mmg kebanyakkan dari pengalaman sendiri – kadang2 tak sangka pun nak jadi hits keyword.

                                                  itu keyword bulan lepas kt nuffnang…

                                                  • Pada 2009.12.11 23:40, ~mrs azmi~ menulis:

                                                    pendek kate… org kampung saya kata…

                                                    what u give u get back…

                                                    what goes around comes around… :mrgreen:
                                                    ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                                                    • Pada 2009.12.11 23:40, takumi menulis:

                                                      ade hikmah disebalik kejadian..~_~

                                                      • Pada 2009.12.11 23:52, zany menulis:

                                                        syukur kak jie, dijumpakan dengan orang baik2, hendaknya org berniat jahat2 dijauhkan dari kita.
                                                        zany´s last blog ..Dah Malas Lerrr………. My ComLuv Profile

                                                        • Pada 2009.12.12 00:03, Eriyza menulis:

                                                          Caiyolah kak Jie.
                                                          Hehehe!!!
                                                          Eriyza´s last blog ..E-Novel : Biarkan Ia Berlalu My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.12.12 00:26, chokilala menulis:

                                                            menarik sungguh screenshot trafik tersebut. hehe. kak jie selalu kena saman ke? :mrgreen:
                                                            chokilala´s last blog ..Oh Kekasih Gelapku. Maaf Encik F My ComLuv Profile

                                                            • Pada 2009.12.12 00:38, this is.. menulis:

                                                              saspens.. :)

                                                              • Pada 2009.12.12 01:28, Sifu_Din menulis:

                                                                Best jugak baca entri ni….

                                                                Benarlah, ajaran agama kita bila sedikit kita beri banyak kita dapat ibarat menanam sebiji benih akan mendapat tujuh tangkai hasil

                                                                Teruskan berbuat kebajikan (tapi berhati-hati kepada siapa kita berbuat baik tu…)
                                                                Sifu_Din´s last blog ..Syukur Dan Kufur My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2009.12.12 08:42, Akuro San menulis:

                                                                  fuh, kak jie~ hebat hits kak jie tu~ boleh kira pakar juga kak jie nih~ :grin:
                                                                  Akuro San´s last blog ..Nuff Oh Nuffnang My ComLuv Profile

                                                                  • Pada 2009.12.12 09:16, Kujie menulis:

                                                                    @Akuro San, susah nak ckp sebenarnya benda2 ni

                                                                    tiap org dan setiap blog ada identiti yang tersendiri, cara menulis, isu yang selalu diketengahkan – kakjie menulis kebanyakkan hal peribadi ( yang tiada nilai komersial ) pengalaman sendiri.

                                                                    pakar periuk belanga senduk :lol:

                                                                    • Pada 2009.12.12 09:17, Kujie menulis:

                                                                      @Sifu_Din, bila sifu yang berkata-kata – siapa saya untuk memambah… ;-)

                                                                      • Pada 2009.12.12 09:18, Kujie menulis:

                                                                        @this is.., …drama je lebih ni, tapi dikurangkan :lol:

                                                                        • Pada 2009.12.12 09:23, Kujie menulis:

                                                                          @chokilala, huwaa…. baru check saman online baru2 ni..ada 24, sampai tak boleh renew roadtax tu…

                                                                          bekas gadis litar..hahahaha :lol: :lol:

                                                                          • Pada 2009.12.12 09:26, Kujie menulis:

                                                                            @Eriyza, agak2 encik-encik polis tu ada blog tak ye..

                                                                            ooooooooo..isteri dia org ada blog – mcm Makcik Tie :lol:

                                                                            • Pada 2009.12.12 09:27, Kujie menulis:

                                                                              @zany, aminnn….

                                                                              • Pada 2009.12.12 09:31, Kujie menulis:

                                                                                @takumi, boleh huraikan kata-kata hikmah tu :lol:

                                                                                • Pada 2009.12.12 09:32, Kujie menulis:

                                                                                  @~mrs azmi~, orang kampung kite… :lol:

                                                                                  • Pada 2009.12.12 09:50, zati menulis:

                                                                                    buat baik d balas baik kan kak jie.. :)
                                                                                    zati´s last blog ..Saturday plan My ComLuv Profile

                                                                                    • Pada 2009.12.12 10:02, denaihati menulis:

                                                                                      @Kujie, Saya setuju bila ada niat je terus buat atau tolong jika tidak kelak pasti menyesal.

                                                                                      • Pada 2009.12.12 11:14, Tie menulis:

                                                                                        Beruntung gak bila ada kenalan yang boleh diharapkan. Sikap tolong menolong tu dapat rapatkan hubungan silaturahim yang sedia ada.

                                                                                        Err… tak cuba ke naik motor besar tu ?
                                                                                        Tie´s last blog ..Ketam My ComLuv Profile

                                                                                        • Pada 2009.12.12 15:14, Mr. Cuz menulis:

                                                                                          dasat2..kakjie mmg pelakon terhebat dpan polis kan..hehe
                                                                                          kre free jela diorg tlg yer..huhu jimat duit..
                                                                                          Mr. Cuz´s last blog ..TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2009.12.13 00:37, samdaddycool menulis:

                                                                                            Betul juga ek, takkan nak mengaku bawa laju depan polis trafik (walaupun jiran).. :mrgreen:
                                                                                            samdaddycool´s last blog ..Menangani jenayah : Patutkah kita sebagai warganegara membantu membanterasnya? My ComLuv Profile

                                                                                            • Pada 2009.12.13 03:18, ariff menulis:

                                                                                              hebat2
                                                                                              ariff´s last blog ..Lagi Cerita Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

                                                                                              • Pada 2009.12.13 14:54, megat menulis:

                                                                                                sebelum baca catatan, saya terlalu cemburu akan kedudukan iklan hijau yang panjang di sudut kiri blog ini (hu3).

                                                                                                suka catatan ini, sepertinya kejadian berlaku terlalu kebetulan. itulah kuasa Allah kan? yang paling seronok apabila ‘budi baik dibalas baik’!

                                                                                                part tipu sunat polis tu memang betul pun. takkan ada orang nak ngaku (ha3) tapi kalau ngaku pun bukan boleh buat apa kak, sebab takde bukti (he3).

                                                                                                permulaan perenggan jeles dgn iklan Cik In, skang ni bertambah jeles apabila nampak hits keyword tersebut. kak jie memang cekap meletakkan keyword panas dalam setiap catatan ;)
                                                                                                megat´s last blog ..Wanita Hebat Bersama 11 Lelaki Hebat! Mahu Pecah Rekod? My ComLuv Profile

                                                                                                • Pada 2009.12.13 17:21, Kujie menulis:

                                                                                                  @megat, Hidup Berani Untuk Gagal,..kata contest yang tengah top sekarang ni

                                                                                                  dgn Cik In, Kak Jie kehilangan status Geligeli dgn Encik N :lol:

                                                                                                  menyesal…. terasa juga tapi lebih suka cabaran baru ini – bermula dari ZERO dan mencabar diri sendiri untuk menjadi HERO :lol:

                                                                                                  itu hits utk bulan lepas… :lol:

                                                                                                  • Pada 2009.12.13 17:22, Kujie menulis:

                                                                                                    @ariff, encik polis dgn motor besarnya mmg hebat :mrgreen:

                                                                                                    • Pada 2009.12.13 17:24, Kujie menulis:

                                                                                                      @samdaddycool, kena tanya encik trafiklah….. pernah tak pesalah trafik mengaku dia mmg bawa laju…ehhh..mana ada encik, tuan, datuk…sy bawa slow je tadi tuuuu :lol:

                                                                                                      • Pada 2009.12.13 17:25, Kujie menulis:

                                                                                                        @Mr. Cuz, hebat sgt lah tu…. pernah ada 24 saman :lol:

                                                                                                        • Pada 2009.12.13 17:26, Kujie menulis:

                                                                                                          @Tie, org dtg minta tolong, tak terfikir pun dia siapa…. :lol:

                                                                                                          Tie… anak2 saudara sy ade lah… teringin gak nak snap gambar..leh letak kat blog
                                                                                                          tapi mcm jakun sgt le pula..hehehe :lol:

                                                                                                          • Pada 2009.12.13 17:27, Kujie menulis:

                                                                                                            @zati, tak pula harap mcm tu
                                                                                                            dan tak terfikir pula masa tolong dia tu

                                                                                                            • Pada 2009.12.13 18:15, ariff menulis:

                                                                                                              @Kujie, oh bukan. traffik awak yang lagi hebat.
                                                                                                              ariff´s last blog ..Light Painting Tutorial My ComLuv Profile

                                                                                                              • Pada 2009.12.14 01:53, tekkaus menulis:

                                                                                                                Nasib baik polis traffik mudah dibawa runding kan? :p
                                                                                                                tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! My ComLuv Profile

                                                                                                                • Pada 2009.12.15 10:17, maza menulis:

                                                                                                                  budi baik dibalas dengan yg baik jua.. huhuu

                                                                                                                  rezeki yg tak sangka2 lah tu, kazzz..

                                                                                                                  :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                                                                                                  maza´s last blog ..Lambaian Ibu My ComLuv Profile

                                                                                                                  • Pada 2009.12.15 11:40, yonna yg tak tahu apa2 menulis:

                                                                                                                    nampak sangat org malaysia ni banyak saman hahaha. tu yang menggelupur google tu ma :p

                                                                                                                    ewahh mcm lah polis tu percaya mama bawak pelan HAHHAHAA padahal berdesup laju mcm nak terkeluar komponen2 kereta :p
                                                                                                                    yonna yg tak tahu apa2´s last blog ..Y583 : Internal Bleeding My ComLuv Profile

                                                                                                                    • [...] Saya masih ingat bagaimana saya menjelajah ruang maya mencari maklumat mengenai Ujian Kecenderungan Kemasukan ( UKKM ) yang Angah cakap susah giler… bagaimana drive shaft kereta saya rosak waktu pulang dari menghantar Angah ke ujian UKKM sehingga peristiwa polis trafik bermotiskal besar menderu deram di depan rumah . [...]

                                                                                                                      (Diperlukan)
                                                                                                                      (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                      CommentLuv Enabled
                                                                                                                      Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                      Switch to our mobile site