Tongkat Ali Tenggek Burung

Alang² down – terus down-to-earth!

Jiran kami yang baik hati telah mengofferkan diri untuk mencurahkan keringat membasahi bumi tolong bersihkan ruangan tepi rumah yang semak samun kurang sikit je macam hutan George of the Jungle.

Maklumlah saya cuma tahu keluar masuk keluar masuk je tolak gate – tak pandai nak mencantas merumput tepi luar rumah.

Inilah jiran kami yang baik hati – Encik Din. Kalau pernah baca kisah Anak Makcik Langgar Kereta Saya, mesti ingat dia. Orang yang temankan saya sewaktu deal harga calar RM 8K.

Bila dah selesai ,  Along dan Intan masuk untuk ambil bahagian jugalah konon kononnya dalam aktiviti sebabak petang Sabtu yang indah permai ini.

Pokok Tongkat Ali tu dah tinggi  cucuk langit.  Saya bawa berpindah dari Bentong , Pahang.   Pokok delima tu kerap juga  berbuah.

Sesiapa nak nombor telefon Along Bukit Beruntung tu , tinggalkan komen.

Makcik Arin tu nama dia Cikgu Zalinah Zubir. Saya kenal Arin dulu  sebagai kawan blogger dan baru saya tahu pertalian mereka berdua.  Dunia yang semakin mengecut atau kita yang semakin mengembang?

Tengok pokok dokong yang malu nak hidup segar tu, 10 tahun lagi pun entah dapat merasa buahnya.  Tanam untuk anak cucu, ye dak?

Sebelum ni pokok mangga tu segar subur dengan daun  lebat – dapatlah merasa 4-5 biji buah.  Bila dah potong, rumah jadi terang benderang luas pemandangan.

Pokok Tenggek Burung (Euodia Redievi) tu dapat dari Tehel , Melaka.  Kawan yang bagi.  Ramai student hantar email minta maklumat mengenai pokok tenggek burung ni, tapi saya tak tau nak cakap apa…. saya tanam saja.  Tak pula amalkan makan ulamnya.  Saya bukan respondent yang betul.

Klik sini untuk lihat Pokok Tenggek Burung secara jelas > Pokok Tenggek Burung

Rumah saya sentiasa berangin – lokasi  tepi dan agak tinggi.

Tak perlu tulis panjang²  – yang penting hari ini telah diisi dengan aktiviti bersama anak² dan jiran kami yang baik hati.

Lagi penting – depan rumah dah terang benderang ,bukan lagi tempat ternak gajah, rimau dan zirafah!

Dinding pagar rumah tu rasanya perlu dicat – dah lebih 5 tahun kot tak berganti baru.  Ada sesiapa nak mencurah keringat amal bakti menjadi blogger yang baik hati?

Entri macam kartun – tak de pekdah!  Tatau pasaipa saya nak tulis cerita meleret² tanpa skrip ni….tapi sesekali rasa puas dapat tulis apa saja untuk diri sendiri di dalam blog sendiri.

Cakap tak nak tulis panjang² tapi tak pula nak berenti keyboard ni…..

©kujie – terimakasih kerana sudi melayan  makcik tak ketahuan arah ni.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wahhh…banyak nyer pokok2 kat rumah…best!!…nak tanya pokok delima tu berbuah lagi tak..banyak tak buah nyer…sekarang ada tak buah nyer…kalo ada saya nak beli dari awak…nak beli banyak2…boleh ker…plissss…tolong saya…merata dah cari buah delima yang tanam kat malaysia….

  2. tak pasal-pasal je.hhuhuhu
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Tips senaman berjalan kakiMy Profile

  3. betul la kak jie. buat keje berdua ni lagi best
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011My Profile

  4. bila seorang2 mcm ni….kurang semangat nak berkebun
    dulu2 aktiviti berdua duaan…. sambil merumput sambil bergossip :mrgreen:

  5. ada ramai jiran yang baik2…. dan rasanya kerana itu suami pun tak risau sgt nak tinggalkan kami

  6. hehehe…. saja je

    bagi jiran buat amal kebajikan…

    esok2 kat akhirat – ditanya ” betul ke awak ada buat baik tolong kujie bersihkan rumah masa suami dia tak ada”

    kawan2 saya yang baca entri ni pun akan jadi saksi… 😆

  7. pemalasnya.. nak bersihkan kawasan rumah pun sampai jiran tawarkan diri.. kesian… 😈

  8. skang kat umah pun dah macam-macam sayur saya tanam isi masa lapang. betik, cili, serai, bendi, kunyit, cekur, pandan. sume ada. senang bila nak guna dah ada.hehehe
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Seminar TNP di akhbar Utusan Malaysia hari iniMy Profile

  9. untungnya ade jiran yg baik hati.. buat baik akan dibalas baik.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..Sila Komen Dengan BerhemahMy Profile

  10. sedapnye pucuk tenggek burung wat ulam…nk tanam jgk lah nnt…
    saya suke sgt tanam pokok, rase sejuk mata… 🙂
    Jom terjah post menarik dari eda ..Sape pernah naik pampersMy Profile

  11. macam-macam nama pokok.. pokok ranting kayu.. heheh
    Jom terjah post menarik dari Effa ..P 365 – Day 22 – Triton Boleh Memberhentikan 10 tan Lori Pasir!My Profile

  12. Siapa yg nak belajar tentang tumbuhan atau ulam bolehlah berkunjung ke blog saya.. Macam-macam pokok ada..

  13. kak jie : “arin yang makin mengembang ” ..kak jie saya tengok gambar maintain je dari dulu ..bila la kita nak berjumpa secara realiti kan?

    anyway, ulam tenggek burung ni, jiran sebelah mak pon ada tanam and husband saya makan ulam ni . tapi saya tak reti makan ulam-ulaman so tak tau la apa rasanya .

    tapi yang paling obvious sekali, saya tak pernah nampak burung bertenggek kat pokok ni .dedulu kot banyak burung tenggek tu pasal di panggil pokok tenggek burung . 🙂
    Jom terjah post menarik dari arin ..Cepatnya Masa BerlaluMy Profile

  14. ingatkan akar tongkat ali kena tenggek burung.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari sufian ..Cara Upgrade – Update BIOS Menggunakan PendriveMy Profile

  15. Entri takde skrip lagi best. Baru rasa real membaca.. 😉 😉 😉
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Kek Coklat LembapMy Profile

  16. kalau suami ada, tanam le apa pun tak kisah
    bila dia tak ada…susahnya nak trim2 pokok tu… pokok bunga kertas tu lagi…banyak duri.

    kalau potong rumput halaman rumah, tunggu orang kontraktor yang potong rumput tepi jalan tu..selalu panggil dia orang…sebulan sekali
    bagi rm 10 cukup dah…tak luas mana pun

  17. dalam minggu ni dah 2 orang jiran datang tolong
    kali pertama datang baiki paip yang bocor
    hari ni trim pokok pokok

    tie tak nak jadi blogger yang baik ke?
    tolong cat pagar rumah…hehe 😆

  18. ehemmm… tak nak offerkan diri menjadi blogger yang baik hati ke….tolong catkan 😆

  19. tanam suka2 je tu cikgu – apa terjumpa, tergerak hati…tanam

    lepas tu kecoh pokok dah tinggi kena wayar lektrik..hehe

  20. kat entri tu ade link suruh klik….. buka je ade gambar, kalau kak jie cerita pasal tenggek burung, mau berjela2 entri ni….sakit jiwa org nak baca layan makcik kecelaruan hormon ni 😆

  21. tingginya pokok tongkat ali tu… pokok tenggek burung tu pokok apa lak? 😕
    Jom terjah post menarik dari digolbot ..Kesedaran sivik yang gagal serta sikap pentingkan diri sendiriMy Profile

  22. seronok bila pokok yg kita tanam tumbuh dgn subur. tapi kaw rumah saya tak cukup luas utk tanam mcm2 pokok mcm kak jie tu. hehehe
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Kena TangkapMy Profile

  23. princeduyong says:

    hehe…betul tu kak jie…pagar tu elok dicat… 🙂 …tapi kalau nak nampak klasik, biarkan je la… 🙂
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..MELAYU TIDAK LUPAMy Profile

  24. Tie ada tanam pokok delima tu, pokok nona pun ada, tapi entah bila boleh dapat makan buahnya. Tuannya jarang balik dan belai….

    Bertuahlah Jie, ada jiran yang perihatin. Sama-sama tolong menolong, hidup pun tambah berkat :mrgreen:

  25. Banyak pokok yang di tanam hingga keliling rumah dah macam-macam ada. Hubby jauh macamana nak tolong kalau tak boleh tolong trim pokok.

    Saya pun tak habis potong rumput di belakang rumah dah panjang. Pakai mesin tolak mesra alam yang sudut kena trim guna gunting rumput semuanya mengunakan tulang 4 kerat
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..belum PUAS 8 tahun akhirnya kebocoranMy Profile

Trackbacks

  1. […] nak bersihkan kawasan rumah pun sampai jiran tawarkan diri..kesian – komen dari entri di sini Tongkat Ali Tenggek Burunghahahaha…. kan tak pasal² dituduh pemalas.  Tulis lagi cerita jiran tetangga dalam blog.Saya […]