Ujian Allah Kifarah Untuk Saya

laluan jalankaki
Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I’m not wrong

 

Tiba-tiba saja terasa si Daniel Powter tu nyanyi-nyanyi sambil menuding  jari pada saya ♫ you had a bad day…♪ you had a bad day ♫ tetapi itulah rasanya apa yang berlaku semalam….. So where is the passion when you need it the most.

1.   Seperti biasa, rutin bulanan dengan PMS yang teruk.  Sakit badan, kepala, loya, muntah semua cukup satu pakej.

2.  9.30 pagi saya bawa kereta Along untuk beli insurans dan roadtax kereta.  Along bawa FairLady saya sebab  Satria dia ni ada masalah.  Kerap sangat mati di tengah jalan.  Cadangnya seminggu ini saya akan hantar ke workshop.

3.  10.00 –  Selesai semua urusan, seperti yang terdetik dihati.  Kereta tidak dapat dihidupkan.   Menaruh sedikit harapan, saya tunggu 30 minit mohon belas kasihan.

4.  Keadaan masih sama.  Nak minta bantuan, saya terlupa bawa telefon.  Keburukan telefon bimbit, kita tak pernah menghafal nombor telefon.  Kami buat keputusan untuk balik dengan berjalan kaki kira-kira 3 kilometer ke rumah.

5.  Berjalan kakilah saya berdua dengan Intan, sambil berpayung.  Melalui jalan sedang dibaikpulih, melalui 3 taman perumahan , melalui jambatan merentasi tasik bukit bukau lurah dendam … hik hik

laluan jalankaki

Ini laluan kami balik, memang merentas tasik dan lurah.  Tiada bas atau teksi. Hiburkan hati sambil berjalan dengan membayangkan kalori-kalori yang telah dibuang. ha ha ha

6.   Tiga perempat perjalanan, ada jiran yang tumpangkan kami.  Syukur Alhamdulillah, laluan berbaki itu adalah mendaki bukit.

7.  Rehat – capai periuk belanga senduk sudip nak memasak.  Api dapur pula tak keluar kerana kehabisan gas.  Jatuh ditimpa tong gas!

8.  Jam 3 petang, saya memandu Pajero untuk ambil Satria.  Seperti dijangka, Satria yang dah sejuk boleh dihidupkan.  Saya tinggalkan Pajero, bawa Satria balik.

9.  Tiga perempat perjalanan, ditempat kami menumpang kereta pagi tadi, Satria meragam lagi.  Kali ini saya tahu sebabnya.  Kehabisan minyak.  Saya tak bawa Satria isi minyak tadi sebab takut dia meragam di laluan utama.  Niat hati biar selamat di garaj rumah, saya bawa tong beli minyak  dengan Pajero.  Perancangan gagal.

10.  Kali ni dah bawa telefon..legalah sikit.  Call kakak ipar .  Dia datang bawa tong dan kami pun ke stesen minyak belikan petrol.   Terpaksa berulang alik dua kali kerana saya perlu bawa Satria dan Pajero balik.

Itulah kisah saya sepanjang hari semalam.  Dengan keadaan badan yang tidak sihat, menerima berbagai ujian bertimpa-timpa.  Nak cerita pun berbelit-belit.  Saya uruska semuanya tanpa keluh tanpa rungut.  Perkara biasa bila berada di dalam perkahwinan jarak jauh.

Dari sudut lain, ujian diturunkan keatas orang yang beriman akan meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.a.w. Kepada saya sendiri, seorang hamba yang sering lupa, selalu alpa, sering berbuat salah dan silap tanpa sedar atau sengaja, ujian adalah kifarah (balasan) setiap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sebelumnya.

 

Hidup Ini Indah Dan Sedap! Mari kita nikmati…

hidup dengan indah

Dian-diam terima ujian ini dengan keinsafan dan terus bersyukur kerana saya dapat mengatasi segala macam-macam yang muncul semalam dengan baik. Tanpa rasa terbeban dan sedar diri….

©kujie – Ganjaran untuk diri sendiri – belikan cadbury dan coke!

32 Replies to “Ujian Allah Kifarah Untuk Saya”

  1. 1. Hidup ini sedap dan indah bila setiap sesuatu yg berlaku, kita akan sentiasa pandang baik dan positif. Terbaiklah kak jie. Bca post ni macam baca sebuah diari motivasi =) Best!
    2. 3km tu…bolehlah aplikasikan apa yg dapat mase kursus en kevinkan? =)
    3. Moga kak jie sentiasa ceria 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  2. saya pernah sekali…keluar ofis waktu kerja nak ke bank…tapi xpunch…sekali minyak abis…berpeluh menolak motor nak cari stesen minyak…tolak punya tolak…matahari terpacak kat atas kepala..last2 ada insan yang baik hati tolong tunda sampai ke stesen minyak…

    moral of the story: jangan monteng kerja…hu3

  3. Sebenarnya lebih baik kita bangun pagi dengan positif. Bila minda kita negatif di awal pagi, satu hari kita mungkin mengalami perkara2 negatif.

  4. kawasan rumah saya pun takde bas lalu..kena jalan kaki 30 minit baru sampai bus stop terdekat (30 minit ni jalan laju ye..kalau jalan lenggang mak limah mau 1 jam kot)..naik teksi mahal..dah la kawasan rumah ni bukit2..

    kadang2 masa darurat terpaksa jalan kaki ke bus stop (kes terpaksa juga keluar..pergi/balik keje..bila kuda roda 4 milik pasangan tiada di sisi)..ya allah rasa nak menangis je setiap kali melangkah tu..dgn lori/kete/moto asyik hon2..padahal tak kacau pun jalan mereka..saje je usik kiter yg jalan kaki berbatu2 ni tau..yg bangla2 jalan kaki taknak pulak dia hon2..

    sampai rumah menangis..masa camni la baru nak muhasabah diri..syukur ada kaki boleh jalan walau pun penat..takpe la ingatan buat diri sendiri bila senang nanti jgn lupa zaman2 hidup susah..jgn riak sombong..sekarang kalau terserempak sape2 yg saya kenal tgh jalan kaki saya akan tumpangkan..hikmah disebalik ujian allah sebelum ni..kadang2 hidup kita takde pilihan..nak taknak kena lalui jugak..

  5. Salam Kak,

    Pernah juga melalui saat yang lebih kurang, pengalaman lalu banyak mengajar hari2 ini dan banyak belajar dari pengalaman, Alhamdulillah Allah SWT masih ingin menduga kita.

    Kakjie sama dengan Yan, kalau peod ubatnya minum coke, 1 tin sdh memadai, serius lepas minum mmg lega sgt2 coz semua terkeluar nnnggee~

Comments are closed.