Keyword Evergreen Sepanjang Masa
Blog Tutorial

Keyword Evergreen Sepanjang Masa

Walaubagaimanapun, kadang-kadang terdapat juga keyword yang lebih evergreen, maknanya sentiasa dicari orang ramai. Keyword sebegini selalunya menyumbang kepada trafik untuk jangka masa panjang. Selalunya yang guna keyword evergreen ni yang saya perasan kakjie lah.

Orang Kanada yang cakap tu… bukan Kak Jie.

Biasanya semua pakar SEO bagi tutorial ajar guna keyword panas di pasaran, contoh melayu dot dot….. atau carian isu semasa artis.

Saya tak pernah menulis mengenai tips dapatkan trafik, mantapkan SEO sebab saya tidak terlalu ghairah untuk semua itu.  Masih juga bermain dengan teknik SEO tetapi bukan terlalu ketara.

Sebulan sekali!

Kebanyakkan keyword blog ini adalah  evergreen –  bukan carian semasa.  Keyword tu ada setiap hari walau pun entri tahun 2007.  Biasanya keyword yang dekat dengan kehidupan kita sendiri dan  yang kita lalui seharian.  Contoh hal² rumahtangga seperti periuk belanga, bas, kereta, anak² dan sekolah.

Sesekali, bila ada isu berbangkit , dapat durian runtuh .  Contohnya semalam.

Blog saya bukan blog hangat dan popular , biasanya graf trafik  turun naik dalam julat yang kecil.    Terkejut pagi tadi tengok graf mendaki macam tu – apa yang orang cari?  Apa berita hot pukul 8 malam tadi?

Semalam saya tak update entri hangat dan seksi .  Itu carian untuk entri lama.

Edit – Hari pun sama, pukul 8 malam berlaku secara mendadak.  Blog saya ada iklan kat Buletin Utama ke?

Pelik sungguh…..

Moral of the story – janganlah takut untuk jadi ‘suam-suam kuku’ jauh dari kerlipan kemasyuran blogger² selebriti lain kerana usaha kita yang kecil², kalau terkumpul tetap datangkan hasil yang setimpal.

  • p/s… bila disebut evergreen, terasa macam Sharifah Aini le pula :lol:
  • p/s… header blog macam budak tadika pun, visitor blog lebih ramai lelaki.  Cuba tengok Tetamu Terkini kat sidebar tu –  lebih banyak avatar jantan! :lol:

©kujie – theme blog ni tak sempat nak usik, hari ni nak AU2 temankan adik intervie kat Pernec.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Keyword Evergreen Sepanjang Masa

Comments are closed.