Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM ( Fasa 2 )

EDIT : Semakan status permohonan ke IPTA klik sini >  semakan status permohonan ke IPTA atau http://www.jpt.uum.edu.my/

Urusan Angah untuk ke MRSM hampir 80% siap. Hanya perlu beli samping, cadar dan sarung bantal juga tali leher di maktab nanti. Uniform rasmi MRSM berwarna beige muda dan biru muda dah beli kat koperasi di Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut.

Sekarang perlu fokus pada Along pula. Dia ada ujian memandu untuk lesen motosikal dan kereta pada 17hb Februari 2010.   Tarikh ini saya akan berada di Kedah untuk proses pendaftaran Angah .

along dan angah 247x250 Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM ( Fasa 2 )

tengok gambar Along & Angah ( thn 95 ), rasa sekejap saja waktu berlalu

Mengikut Lawan Web Rasmi Kemasukan ke IPTA , Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 (FASA 2 ) di buka mulai 2 Februari hingga 30 Mac 2010.

Along dah daftar 28/12/2009 dulu – hari mak balik dari Mekah.

Kepada sesiapa yang terlepas peluang memohon pada Fasa 1 ( tarikh tutup 31-12-2009 ) , bolehlah kemukakan permohonan untuk fasa 2 ( tarikh tutup 30-03-2010).

Klik Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 & 4 Julai 2010

©Kujie – baru saja selesai debar tunggu result PMR Angah, bergegar lagilah jantung tunggu keputusan SPM Along pula.

Post Lain Yang Berkaitan

29 Berkongsi Rasa

  • Pada 2010.02.10 23:12, cikgu isza menulis:

    salam kujie,
    nak tanya boleh?
    along ngan angah kecik2 dlu nakal sangat x?
    camne kujie didik mereka… kongsi boleh?
    anak2 saya sedang membesar, mencabar betul nak didik mereka..
    adakah anak sekarang tak sama macam anak dulu?
    sebab mak saya kata didik anak2 tak le rupa didik cucu dia yang mencabar tu…
    trima kasih

    • Pada 2010.02.10 23:24, beliamuda menulis:

      permohonan ni baru je dibuka beberapa hari lalu. debaran result SPM semakin dekat.
      beliamuda´s last blog ..Program Biasiswa Nasional Untuk Pelajar Lepasan SPM 2009 My ComLuv Profile

      • Pada 2010.02.10 23:34, Nozi menulis:

        Salam kenal Kak Jie…

        Saya jumpa akak punya link dari blog Ijad.

        Tak sangka ye, akak sudah mempunyai dua cahayamata yang sudah besar panjang. Saya ada dua orang anak juga dan masih kecil lagi. Yang pertama, baru 6 thn dan ke-2 pula baru 3 tahun. Saya kagum dengan pencapaian anak2 akak. Bolehlah nanti akak kongsikan pengalaman mendidik mereka. Seperti kata Cikgu Isza, betul tu, zaman sekarang ni lebih mencabar dalam mendidik anak2. Saya pun perasan. Memang tak sama masa kita kecik2 dulu. Sekarang anak pun makin berani dan makin pintar. Mungkin akak ada petua menarik yang boleh dikongikan? :)

        • Pada 2010.02.10 23:36, Kujie menulis:

          @cikgu isza, Salam cikgu

          dua-dua anak saya tu mudah nak dijaga, kedua-duanya lahir melalui pembedahan
          ( sebenarnya ketiga-tiga termasuk Intan )
          masa kecik . Along nampak sangat sifat untuk melindungi
          seingat saya, dia berdua jarang bergaduh atau berebut2
          mungkin sebab jarak yang agak rapat , jadi dia boleh menjadi kawan
          dari kecil, Angah jenis suka meneroka

          tapi waktu umur Along 14-15 , keadaan agak konflik
          Angah masih ‘budak-budak”
          Along dah ‘akil baligh”

          masa ni ketara sgt sikap kedua- tak boleh nak ngam
          ada saja komplen negatif Along tentang Angah
          sorang dah melepasi zaman, sorang masih ketinggalan zaman :lol:

          style rambut, cara berpakaian – ada saja ‘pertentangan pendapat’

          selalu bila ‘perdebatan’ berlaku di depan mata,
          saya akan cakap ” mama tak pernah pun memandang negatif pada anak-anak mama…walau pun mama tahu Along ada kekurangannya, Angah pun ada kekurangannya…kita sebagai adik beradik kena terima diri setiap adik beradik kita sebagai individu yang berbeza cita rasa, sikap, tabiat atau apa saja ”

          Sekarang ni bila dua-dua dah remaja – konflik beransur kurang…mungkin Angah dah boleh ‘masuk’ zaman Along.

          dulu dan sekarang mungkin juga boleh mempengaruhi cara mendidik anak tetapi baliklah kepada asas – kekeluargaan

          • Pada 2010.02.10 23:39, Kujie menulis:

            @beliamuda, ‘ada sesuatu’ yang kak jie tunggu tentang result SPM Along…. ;-)

            • Pada 2010.02.10 23:42, beliamuda menulis:

              @Kujie, betul jugak komen ni. saya dan adik laki saya yang jarak lima tahun rasa cam ada perbezaan zaman. huhu~
              beliamuda´s last blog ..Program Biasiswa Nasional Untuk Pelajar Lepasan SPM 2009 My ComLuv Profile

              • Pada 2010.02.10 23:43, beliamuda menulis:

                @Kujie, mesti ianya sesuatu yang menarik ni…
                beliamuda´s last blog ..Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 My ComLuv Profile

                • Pada 2010.02.10 23:58, Kujie menulis:

                  @Nozi, Salam kenal…

                  sepatutnya ayat tu berbunyi macam ni ” tak sangka ye kak jie dah tua..dah ade anak bujang pun… :lol: :lol:

                  Jaga anak-anak sekarang semakin komplek – ibubapa kena lebih advance dan perlu lebih laju ke hadapan…

                  cara mendidik tu – susah nak detailkan sebab anak-anak kak jie juga bukanlah ‘secemerlang’ gemilang terbilang – ada juga sisi ‘kelabu’ , cuma tidaklah dalam keadaan yang membimbangkan sangat.

                  dedahkan anak-anak dengan dunia sebenar ibubapa – mahal, murah, ada duit, tak de duit, jauh dekat – mereka tahu bezakan .

                  Kak Jie beruntung kerana suami seorang yang ‘dekat ‘ dengan anak-anak – yang melibatkan anak-anak dalam aktiviti kesukaannya… boleh sembang lebat tentang bola, boleh sama-sama ke litar tengok race.

                  • Pada 2010.02.11 00:24, Nozi menulis:

                    @Kujie, Hehe…cover skit kak. Takut juga sensitip pula tang umur2 meningkat ni.

                    Itulah..point pasal dedahkan kepada anak2 dunia sebenar ibu bapa. Saya rasa, itu cara yang boleh menjadi. Saya pun nak cubalah sekrang ni. Yelah,melentur buluh biarlah dari rebunnya. Jgn tunggu jadi buluh baru nak lentur. :D

                    Sekarang ni memang ibu kena fokus pada anak2 kan. First priority. Anak amanah Allah. Apa2 nanti,kita juga yang menjawab di akhirat nanti.

                    Satu lagi yang saya nampak, kita ni mmg as role model utk mereka. Jadi contoh teladan. Kalau buruk depan mereka,maka buruklah kita nmpak dari mereka. Kita ni umpama cermin la juga kata lainnya. Saya pun nk tambahkan semangat yg kuat utk didik mereka ni. Walaupun baru dua..hehe..ada niat lg tu nk tambah..saya tetap akan usahakan utk jadikan mereka anak yang cemerlang dunia akhirat..sama2 lah kita..
                    Nozi´s last blog ..Bagaimana nak buat tandatangan online? My ComLuv Profile

                    • Pada 2010.02.11 00:48, tekkaus menulis:

                      Harap-harap Ah Long dapat pass lesen memandu motor. Dulu saya kena ambil dua kali. :p

                      Tapi kereta sekali je. Ganjil kan?
                      tekkaus´s last blog ..Troupe of Kaifong Henan At Jusco (Pictures & Videos) My ComLuv Profile

                      • Pada 2010.02.11 00:53, hafizmd menulis:

                        1) Kalau mama dia berdebar bagai nak luruh jantung..si along nye macam mane?

                        2) Seingat saye, saye pun selalu juge ‘berlawan’ dgn abg saye yang atas, mungkin sebab belum ngam, tapi bile dah naik sekolah menengah, dah start kurang..kirenye boleh ngamla..

                        • Pada 2010.02.11 01:01, arin menulis:

                          good luck along dengan exam amik lesen keta..and dengan debaran nak tunggu exam SPM keluar..
                          arin´s last blog ..Perihal Anak dan Burung My ComLuv Profile

                          • Pada 2010.02.11 02:16, syukran menulis:

                            salam…dah lama tak dtg blog ni….dah berubah!

                            teringat dah lama tak buat blog walking…
                            syukran´s last blog ..Trend Masa Kini. Beralih Kepada WordPress [Blog] My ComLuv Profile

                            • Pada 2010.02.11 02:38, blowie menulis:

                              Huhu, saya taktau la macam mana result saya nanti. Harap semuanya berjalan lancar :P
                              blowie´s last blog ..Norman KRU Pengetua AF8 My ComLuv Profile

                              • Pada 2010.02.11 08:03, maza menulis:

                                aderk…

                                kemasukan universiti ini juga penting lorr..

                                sedapatnya IPTA, jimat duit nak bayar segala kedabak yuran lorr..
                                huhuhuh

                                mudah-mudahan along berjaya mendapat tempat di sana….di sana.. di sanaaaa….

                                erk! U mana jadi priority yea?

                                hehehhe
                                :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! My ComLuv Profile

                                • Pada 2010.02.11 08:06, maza menulis:

                                  @blowie,

                                  sekarang ini banyakan berdoa dan bertawakal…
                                  sbb segala2nya ditangan Allah SWT…

                                  Insyallah berjaya!
                                  kalau tidak dapat masuk pun, bukanlah dunia kita sudah berkubur…
                                  so many reasons kenapa kita tak dpt further study di U pilihan kita..

                                  barangkali Tuhan mahu bagi kita second chance.. saper tahu.. kanzz..
                                  :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                  maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! My ComLuv Profile

                                  • Pada 2010.02.11 13:51, ~mrs azmi~ menulis:

                                    @maza,

                                    aah kannns, skang ni tak dapat IPTA banyak lagi choice2 lain

                                    poli,kolej komunity, kolej mara…. IPTS lagila… sediakan duit jek :razz:
                                    ~mrs azmi~´s last blog .."JAPLISH" tutorial My ComLuv Profile

                                    • Pada 2010.02.11 13:54, ~mrs azmi~ menulis:

                                      wah! along amik lesen nanti mama doakan dari jauh jela ye ;-)

                                      pasni along dah masuk u tinggalla mama ngan intan 2 org kat umah :smile:
                                      ~mrs azmi~´s last blog .."JAPLISH" tutorial My ComLuv Profile

                                      • Pada 2010.02.11 23:46, Kak Long menulis:

                                        Semoga along berjaya cemerlang dalam SPM nya.
                                        Ada juga pelajar yang tak nak cuba buat permohonan kemasukan ke IPTA sebab rasa tak yakin dengan keputusan.
                                        Patutnya boleh mohon juga, sebab result percubaan boleh jadi tak secemerlang keputusan sebenar.
                                        Kak Long´s last blog ..Desa di celah bandar My ComLuv Profile

                                        • Pada 2010.02.12 12:28, fiezaradzi menulis:

                                          comel jer along dan angah dlm gambar..

                                          • Pada 2010.02.15 23:48, farrah menulis:

                                            klu yang terlepas masa fasa 1,then trus apply untuk fasa 2,,still dipertimbangkan jgak x?

                                            • Pada 2010.03.14 21:47, Anonymous menulis:

                                              mmg la :sad: tp nk masuk fasa 2 kat maner,,,nk isi,,??

                                              • Pada 2010.03.14 21:49, Anonymous menulis:

                                                :roll:

                                                • Pada 2010.03.14 23:09, Are-you menulis:

                                                  ;-) saya ada masalah….. :???: saya buntu nk ambil jurusan per..??????????? :sad: saya syker bahagian masak2 tapi saya bh bosan masak,,!!!!!!!!!!!! :cry: saya suker benda yg lasak mcm ASKAR 2 saya suker…. :lol: …masalah saya sekarang,,,adakah saya harus sambung belajar atau masuk askar..???????????????????????? :oops:

                                                  • Pada 2010.03.15 17:54, huda menulis:

                                                    ikt kta aty,,,n wt slt istiqoroh

                                                    • Pada 2010.03.21 14:59, iwan menulis:

                                                      bgus la wt slt istiqoroh..minta ptnjuk dri allh

                                                      • Pada 2010.05.01 00:22, novi menulis:

                                                        slm..tmpg tnya. bla bleh thu kptsn kmskan ke ipta ek?

                                                        • Pada 2010.06.15 17:34, mohd fardiley bin gusni menulis:

                                                          assalamualaikom……..saya nak tanya bagai mana nak masuk ke kolej komunity ini……

                                                          • Pada 2010.07.07 15:54, Anonymous menulis:

                                                            ;-) boleh tnya,bila lagi ada pengambilan baru masuk ke IPTA??

                                                            (Diperlukan)
                                                            (Tidak akan dipamerkan)
                                                            CommentLuv Enabled
                                                            Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                            Switch to our mobile site