Tongkat Ali Dan Tenggek Burung

pemandangan bukit bukau

Perjalanan balik dari sekolah

Alhamdulillah… selepas 3-4 hari cuaca jerebu dan jarak pandangan yang terbatas, hari ini cuaca sangat baik.

Seronoknya nampak bukit bukau sekeliling rumah yang makin jelas kehijauan. Rasa teruja sangat dengan langit biru, saya keluar rumah dan abadikan beberapa gambar langit biru menggunakan telefon.

langit biru
Kenapa langit berwarna biru?

Pernah anak korang ditanya macam ni? Kalau dulu saya jawap sebab pantulan dari air laut. hi hi hi… mitos sungguh!

Kalau dia tanya sekarang, saya ada jawapan yang lebih canggih kenapa langit berwarna biru.

Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan dalam bentuk gelombang. Apabila cahaya matahari melalui atmosfera, cahaya ini akan berlanggar dengan molekul-molekul sehingga ada yang terpantul atau terbias. Daripada 7 warna cahaya, warna biru mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan  menyebabkan warna biru paling banyak diserap. Warna biru ini pula akan terpantul dalam banyak arah dan sebab itulah kita nampak langit berwarna biru.

Dah habis bab astronomy, loceng dah bunyi.

Sekarang kita masuk kelas Sains Pertanian pula.

Pokok Tongkat Ali
Pokok Tongkat Ali

pokok tenggek burung
Pokok Tenggek Burung

Antara pokok di taman rumah saya.

bunga purple mexico shower
Bunga  Showers Ruellia Brittoniana

Nota : perlu diulang, saya suka pokok!

  1. Yelah kak jie..dayah pun jawab pantulan air laut bila Hakim tanya Knp langit biru. Bila dayah bagtahu mcm tu..ditanya pulak kenapa laut nmpk biru..dayah kata.. nanti ibu fikir jawapan lepas dapat jwpn ibu bgtahu. Dah dua tiga tahun xdpt jwpn lagi..hehe..Tiap kali nmpk laut dia tanya la..ibu dh fikir jawapan..?

    🙂
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Kisah baju tidurMy Profile

  2. huhu kenangan, adik saya dulu , pernah tanya soalan langit tuh kakjie , saya jwb sbb air laut biru so langit pun biru. huhu

    pokok tenggek burung tu tgh berbunga ek