Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

By Kujie, 10/02/2010 8:21 am

Lelaki Hidup Biar Sedap Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Lelaki lebih suka blog saya? Lihat bukti di atas. Betul ke lelaki lebih ramai di blog ini?

Mari kita lihat hasil undian Hidup Biar Sedap


Keputusan Undian Hidup Biar Sedap Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Saya yakin blogger perempuan lebih ramai tetapi  blog saya tiada topik sesuai untuk dikomen .  Blog ini tiada cerita beg tangan, shopping, gossip artis yang sensasi, cerita dan gambar makan-makan kat tempat berkelas-kelas, gambar-gambar style myspace…opppppppppp…siapa kata tak de gambar gedik ala myspace?

meh………….tengok.

together 351x250 Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?

Kenapa lelaki lebih ramai yang memberi respon pada blog ini?
Post saya terlalu teknikalkah? Tiada seni lentuk gaya gadis melayu terakhir?

Ayat blog ini terlalu skima … gaya makcik² berleter ye….

Atau ada banyak topik lelaki yang disentuh di blog ini?
Apa yang lelaki mahu? Nak tahu jawapan , klik [link]

Kenapa lelaki bujang suka dot…dot….., nak tau? Klik [link]

Kriteria cinta yang lelaki inginkan , jom baca [link]

Atau lelaki ingin mencari cara mengorat perempuan yang sudah ada teman lelaki? tak baik tau…potong line kawan sendiri ..meh kita baca kat sini [link]

©Kujie – yang pasti, lelaki sebenarnya lebih manja dari apa yang perempuan tahu … mereka selesa dengan watak wanita keibuan kerana itulah makhluk pertama yang mereka kenal – ibu.

Post Lain Yang Berkaitan

104 Responses to “Kenapa Lelaki Lebih Ramai Di Blog Saya?”

  1. menj says:

    Sebab lelaki mmg suka menyibuk hal-hal wanita :evil:
    menj´s last blog ..Tahun 80-an pun ada Mat Rempit? My ComLuv Profile

  2. beliamuda says:

    perasan jugak yang lelaki lebih ramai di blog ni. hmm

    kalau kat blog saya, lebih ramai perempuan yang masuk…
    beliamuda´s last blog ..Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010 My ComLuv Profile

  3. hoho..sebabnya senang aje. sebab perempuannya sedikit la..

  4. mijie says:

    sebab lelaki suka membaca lebih dari perempuan,

    sy melayari blog kak jie pun sbb sukakan tulisan kak jie yang terarah kepada family oriented
    mijie´s last blog ..Macam mana nak beli Domain dan Hosting My ComLuv Profile

  5. Lan Bingka says:

    blog kak jie tak merosakkan bahasa melayu…
    kalau cerita menarik pun, tapi kalau habis ditunggang terbalik dan dirojakkan bahasa, saya memang tolak awal2…(sikit2 takpe la kot)

  6. maza says:

    Malam tadi maza cerita dgn adik ipar (perempuan).. hehehh

    kalau nak cari lelaki blogers ala2 nak pupus di alam maya santun gitew.. carilah kat blog kujie.. mesti bersepah!

    wakakakkka

    erk! maza lelaki tulen gitew.
    wakakaka

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! My ComLuv Profile

  7. alantanblog says:

    Sebab nak tahu apa pendapat drp perempuan

  8. Bb Hussain says:

    Kak jie..saya amat suka baca blog kak jie..tapi saya liat nak tinggalkan komen..nak kena berusaha lebih ni… :smile:
    Bb Hussain´s last blog ..Senyuman yang berbeza My ComLuv Profile

  9. [...] Okay, ini soalan dari Kak Jie untuk pembacanya: Kenapa lelaki lebih ramai di blog saya? [...]

  10. Kreuger says:

    kenapa saya suke blog ni eh? erk.. bagi saya la kan (saya? tiruk kak jie) erk bagi saya sebab orang lelaki ni tak suke ceriter berbelit-belit panjang lebar. just strait. nak panjang lebar boleh… tapi menulis mesti ada ciri-ciri otak lelaki. wah… macam mane nak terangkan…

    macam ni la.. tak payah citer pasal bling-blig.. sebab orang laki akan kate pompuan tuh poyos.. dan tadek story mory nak share. tak perlu citer pasal G-String *opss*.. sebab orang akan kate pompuan tuh gedik.

    P/S: ade jugak orang pompuan citrer pasal period. owh… sungguh malu aku membaca entri mereka. terus aku malas dah nak lawat. jangan marah ye~
    Kreuger´s last blog ..Good News For Cat Lover My ComLuv Profile

  11. yonna says:

    tp yg pasti lelaki memang suka N3 yang sempoi, tidak meleret2 jln ceritanya kerana kaum lelaki bukan golongan yg suka membaca jika dibandingkan dgn kaum perempuan

    sangat sangat setuju dengan komen Ayah Aiman. entry2 mcm kami ni ma, tak menarik dah tertarik lah org nak dtg hahaha. apatah lagi ayah2 org ni HAHAHAHAH

    yonna pun tatau kenapa golongan wanita x ramai nak letak komen :p errr maybe lagi sesuai org laki yang letak komen kot ;)

    yonna rasa tagline “kita bertemu di sini sebagai sahabat” boleh jugak digunakan kt sini. errr :p lagi terasa aura friendshipnya :)
    yonna´s last blog ..Homemade Cake My ComLuv Profile

  12. tekkaus says:

    Saya rasa mungkin blogger perempuna malu nak komen kot. :p
    tekkaus´s last blog ..Troupe of Kaifong Henan At Jusco (Pictures & Videos) My ComLuv Profile

  13. fiezaradzi says:

    haha.. saya de gak ek.. bunga no. 2…. bunga ke..???

  14. SuperKhairull says:

    Saya rasa nombor matriks tarikh lahir kak jie ada nombor penarik semulajadi..sbb tu la berduyun2 org kat blog kak jie..hehehe..saya nak cuba buktikanlah..kak jie bleh msg saya tarikh lahir penuh kak jie pada mail saya..meh saya tolong analisis…tq :mrgreen:

  15. hafizmd says:

    Saye rase ade beberape kemungkinan pasal ramai kaum hawa yang lawat blog kak jie tapi tidak tinggalkan komen kerana;
    1) Diorang singgah sekejap-sekejap saje..tak sempat nak tinggal jejak, kang hangus pulak kerang bakar di dapur :cool:
    2) Lebih suke jadi silent reader mgkin sbb takut jiran sebelah tahu – padahal jiran sebelah pun layan blog kak jie :shock:
    3) Lelaki memang suke layan blog yg sempoi, cool, dan matang camni – sebab tuh suke tinggal komen banyak2.. :mrgreen:

    Itula saje pendapat saye..sekian..

  16. sebab blog kak jie ni penuh dengan cite2 yang menarik perhatian kaum lelaki.. hehe.. lebih2 lagi, title entry yang mengancam, buat orang lelaki rebut2 nak baca dulu.. :lol:
    sayahappyslalu´s last blog ..Breastpump Dilemma… But, Don’t Get Cheated… My ComLuv Profile

  17. kakjie, bila nak tunjuk beg2 tangan, kasut2, mekap?….

    .
    .

    hikhikhik…

    pssttt… ada gak lelaki yg suka beg2 tgn mengalahkan org pompuan tau.. :D
    kutaksempurna´s last blog ..Sebutir nasi tu, ibarat setitik peluh petani……………… Amaran kepada yang kurang atau tidak berminat dengan ANGKA : Entri ini bukanlah ‘juadah’ yang sesuai untuk ‘santapan minda’ kamu. Sekian, terima kasih. My ComLuv Profile

  18. eyriqazz says:

    kak jie ada daya tarikan tersendiri buat lelaki,,,Including myself…hik3…Hidup Biar Sedap
    eyriqazz´s last blog ..Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya My ComLuv Profile

  19. ariff says:

    yang pasti, lelaki sebenarnya lebih manja dari apa yang perempuan tahu … mereka selesa dengan watak wanita keibuan kerana itulah makhluk pertama yang mereka kenal – ibu.

    betul sangat la ni.
    kenapa perempuan tak banyak kat sini?
    sebab kak jie tulis benda orang matang berfikir, pasal rumah tangga. kebanyakan perempuan malas nak fikir banyak2 dan lelaki pulak suka sangat nak tau pasal rumah tangga ni. yelah, nanti jadi ketua keluarga. so mereka kena tahu la, timba ilmu.
    ariff´s last blog ..Jalan Jalan Beijing (Part 2) My ComLuv Profile

  20. saya selalu datang sini cuma tak berkesempatan nak tinggalan komen.
    .D.d L a L a.´s last blog ...rahsia peribadi disebalik kentut. My ComLuv Profile

  21. mrs sufian says:

    emm… hari2 masuk blog kak jie ne cuma jarang2 tinggalkan komen sbb x cukup masa nak lama2 jalan2 kat rumah kak jie ne…
    tak macam en. maza tu kan yg jadi terhangat bulan ne… huhuhu tak bleh la nak lawan!
    psst… en. maza ne cam dah betunggu tangga kat blog kak jie ne. ahaks…
    jgn marah eh en.maza.. tp saya sronok baca komen2 yg ada ;-)

  22. maza says:

    Setelah merayau sana sini.. membaca benda2 berat.. benda2 politik.. benda2 paper work..

    lepas tu, kenalah hat yg ringan2.. yg santai2..

    Pulak tu. ramai sebenarnya lelaki encem kat luar sana yg kaki sakat.. hehehhe
    kena pulak komen balas yg best2..
    ahaks.. rajin la dia org datang gitew..

    hehehehhe
    maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! My ComLuv Profile

  23. ~mrs azmi~ says:

    ape2 sebabnye pon… saye jadi bunga layu dikalangan pengkomen2 itew!! hikhik :mrgreen:
    ~mrs azmi~´s last blog .."JAPLISH" tutorial My ComLuv Profile

  24. Maya says:

    Sudah adat, wanita peminatnya lelaki dan sebaliknya. Isu yang sis utarakan pun bagi kaum lelaki, mereka selesa nak baca, mudah difahami, bersifat general.

    P/S: tapi saya selalunya jadi silent reader. sehari dua tiga kali lawat sini.
    Maya´s last blog ..Wolfram Alpha: Answer Engine My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Maya, sehari dua tiga kali..hiks…. makasih
      tapi kak jie update blog sehari sekali atau kadang2 ada isu tergempar
      baru update 2 kali…

      ada kwn kak jie cakap, dia suka baca komen orang lain di sini…macam2 gaya ada :lol:

  25. kruel74 says:

    Saya suka ke sini sebab nak tau apa suri rumah buat ketika di rumah dan idea2 yang diutarakan…Cewah…
    kruel74´s last blog ..My legal firm Facebook fan page (re)launch My ComLuv Profile

  26. maza says:

    Psst: kat blog maza ramai lah pulak perempuannya…

    kekadang sampai tak terlayan gitew..
    tapi apa2 hal pun .. blog maza tak sama mcm blog en_me.. ramaiiii beribu-ribu worang gitew.. hehehhe
    maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! My ComLuv Profile

  27. fiezaradzi says:

    lupa lak.. kak jie, gambar tu lum cukup gedik agaknye.. hihiii… :razz:

  28. fiezaradzi says:

    saya pun rase pompuan jadik silent reader kot.. xpun, xramai lelaki jawab poll kak jie tu.. agaknye la kan.. hehe..

  29. Hajib says:

    Biase la kak.. blog saya terbalik.. pompuan yg lebih menjadi pengkomen teraktif.. kekeke :mrgreen:
    Hajib´s last blog ..Facebook Baru My ComLuv Profile

  30. Amir says:

    mungkin blogger perempuan takde idea nak komen blog kak jie..
    lelaki kdg2 bagi komen merepek2 je. haha.. :mrgreen: :mrgreen:
    Amir´s last blog ..Norman KRU Pengetua, Sarimah & Jimmy Pengacara AF8 My ComLuv Profile

  31. Firdaus says:

    wah ayat akhir sgt menusuk kalbu..i loike!!hehe…

  32. zuls says:

    a’ah ramai orang lelaki lah komen kat blog kakjie ni. . :) – senang nak komen kot, saya pun tak pandai nak komen kalau blog tu asyik cerita pasal handbag, make up , tapi kalau blog ni mudah jer nak mengomen :)
    zuls´s last blog ..zulseffort: New blog post: I want to write in English http://bit.ly/dARBTW My ComLuv Profile

  33. Ayah Aiman says:

    wahh..tak sangka “Ayah Aiman” menduduki carta teratas..

    mungkin ramai juga blogger perempuan yg singgah ke blog kak G nie.. ttp mungkin mereka terlupa @ tak suka nak tinggalkn komen atas alasan tertentu..@ mungkin juga mereka ini “Silent Reader”…

    tp yg pasti lelaki memang suka N3 yang sempoi, tidak meleret2 jln ceritanya kerana kaum lelaki bukan golongan yg suka membaca jika dibandingkan dgn kaum perempuan…
    Ayah Aiman´s last blog ..Blogger We Care: Kempen "Fund Raising" Untuk "Adik Ammar" My ComLuv Profile

  34. zuhaini says:

    saya rasa ramai pompuan baca, tapi ramai tak tinggal komen kot.. :)
    zuhaini´s last blog ..Are we slowing down? My ComLuv Profile

  35. Maria says:

    tak sume org punye kesukaan yg sama kan… tp sume org sayang ibu kan…

  36. denaihati says:

    Allah jadikan wanita dengan sifat 9/10 nafsu dan lelaki 1/10 nafsu. Nafsu ini bukan nafsu seks je tapi bermacam-macam hal dan keperluan dunia. Jadi blog kak jie kurang cerita nafsu yg sesuai utk kaum pompuan tapi lebih sesuai untuk nafsu lelaki …agaknya lah kot

  37. p/s : nota makluman. Salah ejaan pulak. speperti = seperti : )
    Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. My ComLuv Profile

  38. salam Kak Jie

    “©Kujie – yang pasti, lelaki sebenarnya lebih manja dari apa yang perempuan tahu … mereka selesa dengan watak wanita keibuan kerana itulah makhluk pertama yang mereka kenal – ibu.” speperti Syin. Incik RestNrilekS pun cuma nak kata “EXACTLY!!!”

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    Ya saya selesa dengan watak perempuan keibuan yang penyayang. Saya rimas dengan gadis, wanita, makcik yang gediks lagi manja. Ho Ho Ho

    Kandungan blog Kak Jie ni seronok sebab bersifat santai dan tidak menyesakkan minda saya. Sesuailah dengan Incik RestNrilekS itu sendiri. Whoaho!!

    Kak Jie, bila lagi nak “posing standard” gaya gadis-gadis masa kini? Piawaiannya, ambil gambar muka. Bagus lagi “Bird eye @ Worm View”. Lepas tuuu mata satu kasi kenyit sket, kepala lentuk skit, Bibir muncung atau ternganga konon-konon gaya terkejut cute (gediks sebenarnya).. Tudung kasi pink-pink sket. Whoaho!!! Musti Ba da Bing Da BOMB!! Kak Jie :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: Aha ha

    (tengah berimiginasi Kak Jie bergaya macam tu :shock: )

    Selamat Hari Rabu Kak Jie.
    Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. My ComLuv Profile

  39. jmr says:

    btol…lelaki manja sbnrnya…
    sy suka blog kak jie coz writing kt cni leh jadikan pnduan dh kawen nnt..
    hehhehe..yeke?:-p
    jmr´s last blog ..Kerak buat mak.. My ComLuv Profile

  40. zati says:

    lelaki memang manjaaaaa…haha..
    blog kak jie ni sempoi..laki,pompuan suke msk.. :)
    zati´s last blog ..Dasar Perempuan My ComLuv Profile

  41. Elyn says:

    hehe bukan tak baca kak jie…. baca tapi jarang komen je.
    Elyn´s last blog ..Idea My ComLuv Profile

  42. Mr.Bintang says:

    hehe.. pompuan bnyk jd silent reader je tu.. :P

  43. blowie says:

    Hahaha,mungkin kakjie kena lebih posing seni lentuk gaya gadis melayu terakhir dlm blog. kompem ramai gadis datang,hehehe.

    yang pastinya, blog kakjie mesra google dgn keyword yang dicari ‘lelaki’ :mrgreen:
    blowie´s last blog ..Norman KRU Pengetua AF8 My ComLuv Profile

  44. Roslan Nazri says:

    kalo kak jie wat mcm blogger kesukaan nuffnang tuh ngn handbag tjuk muke sane sini sure la rmi pengunjung pompuan..lagi2 jual shawl..hahaha.. :mrgreen:
    nanti diorang dah jadi ibu2 diorang tau la nak datang blog ni.. :razz:

    tapi kenape pompuan jadi silent reader blog ni? pelik jap..byk pompuan dari lelaki dari poll tersebut..huhu :?:
    Roslan Nazri´s last blog ..Promosi Murah Hosting Fivio – Part 2 My ComLuv Profile

  45. syin says:

    ” ©Kujie – yang pasti, lelaki sebenarnya lebih manja dari apa yang perempuan tahu … mereka selesa dengan watak wanita keibuan kerana itulah makhluk pertama yang mereka kenal – ibu. ” – saya sokong….ibu setuju, anak suka…hehe..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Panorama Theme by Themocracy