Menu Berbuka Puasa : Puding Roti Karamel

Menu Berbuka Puasa

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair. Puding Karamel adalah menu mudah dan simple untuk berbuka puasa.   Bagi sayalah sebab saya tak berapa suka jenis menumis.  Renyah di daput.  Kalau boleh memang nak buat  menu berbuka puasa yang simple saja.  Sejenis lauk, sejenis sayur dan sejenis kuih yang simple.

Saya tak berapa suka dengan puding karamel yang biasanya menggunakan telur yang banyak, agak muak.   Puding Roti Karamel ini menggunakan 3 biji telur sahaja dan teksturnya lebih keras dan mudah dipotong.

Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus. Resepi Puding Roti Karamal ini menggunakan cara kukus.  Boleh baca   Tips Memasak dan Resepi Puding Karamel

puding roti karamelBahan dan Cara Membuat Gula Hangus.

  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.  Saiz loyang 8 inci.

Panduan Membuat Gula Hangus

  1. Guna periuk yang bertangkai, sebab kita akan sentiasa mengacau gula
  2. Jangan biarkan gula terlalu perang, nanti rasa pahit
  3. Guna api yang perlahan
  4. Selepas menuang air, gula akan mengeras serta merta. Terus mengacau sehingga gula cair semula

Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.

Bahan-bahan Puding Roti Karamel

  • 4 keping roti gardenia dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak Puding Roti Karamel

  • Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

Menu Puding Roti Karamel ni memang senang untuk dibuat.   Sesuai untuk anak-anak kerana lembut dan manis.  Kalau boleh cuba elakkan makanan pedas untuk anak-anak, takut perut dia tak tahan sepanjang bulan puasa ni.

Menu Berbuka Puasa Yang Simple

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sedapnya puan…
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Mudahnya Online Dengan eSellMy Profile

  2. resepi me
    resepi ne simpel dan sedap sagat makasih ressepimya

  3. aishhh..

    ada gambar puding roti la plakk..
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Jobdirumah bukan penipu besar la..My Profile

  4. Suke keremel..tp x suke puding..hu3

  5. sedapnya pudding. Sya memang suka sangat makan pudding. Tapi jarang makan pudding ni.

  6. suka sgt puding karamel… apa2 puding pun nis suka 😉

    pernah try bubuh roti ni… mmg mudah nak potong, tak lembik2 sgt… dan nis biasanya mmg suka cara mengukus

  7. saya tak reti buat nih, tak jadi2. kalau kukus2 nih memang fail la jawabnya.

  8. dah boleh share resepi nie ….sedapnya tapi kalau banyak telur takut muak pulak…

  9. canteklah…thanks kak jie..mmg tgk carik2 resepi utk “test drive” periuk kukus…

    puding roti karamel ni kiranya boleh masuk list minggu ni…yeah!

    thanks kak jie =)

    • wahhhh… beli periuk kukus baru.

      selamat memasak…erk..mengukus

      hari2 bila buat gula hangus tu…pengalaman pertama kali

  10. Terimakasih atas recipe yang dikongsikan. Hanny nak cubalah, tak pernah buat ni..asyik beli je, kalau jadi hanny akan tunjukkan kat kak jie ya..

    • Kalau pertama kali buat… kak jie nk bagi panduan ttg buat gula hangus. Bahagian lain senang je … campur dan blander.

      Guna periuk bertangkai sebab nak kena kacau selalu.
      Api perlahan.
      Jangan terlalu perang dan gelap nanti pahit.
      Lepas dn warna perang, siram air…gula tu akan mengeras serta merta. Tak apa… terus je kacau sampai gula yg keras tadi cair semula.
      Kalau agak kering dan terlalu pekat.. tambah air sikit.. jgn banyak nnt dah tak jadi karamel.
      Selamat mencuba… tak sabar nak tengok 🙂

  11. Salam Ramadhan kak, saya suka sangat puding caramel ni. Tapi kalau yang banyak telur, lembik2 tu, agak muak juga. Saya pernah try buat puding ni, tapi guna serbuk segera..main tipu jugak di situ…hehe

    • Salam… puding roti karamel lebih gebu.. isi lebih kenyang sbb ada roti. Ubah suai resepi tu perkara biasa… resepi jenis ni sebagai panduan je…

  12. owh, saya kena beli ketuhar lah kalau sebegini.. 😉

  13. cayalah ada resepi , nak suruh wife cuba buatlah…:)

  14. Oh! Senang ja kalau ikut panduan resepi ni..angah sendiri pun boleh buat..okeh! Nanti angah buat sendiri..confirm ita kagum punyalah..hoho

    • hahaha… mestilah
      berguru jarak jauh namanya .. tapi serius resepi ni mudah
      tadi kat dapur buat dgn Angah…kejap je

  15. nak mintak umi buat la..hehehe ^^

  16. Ni resepi wajib my ex-housemate time study dulu. Walaupun Ann tak puasa, tumpang sekaki gak melantak time buka puasa. Hahaha

  17. suka kek oren. haha..

  18. puasa pertama buat puding karamel , nanti try resepi kakjie pula ..

  19. boleh cuba buat puding roti karamel nie…
    tq akak utk resepi nie… 🙂

  20. sama la..tak berapa suka sangat..muak..huhu

Trackbacks

  1. […] berbuka puasa Puding Roti Karamel sebelum ini pun dia yang buat..senang mak […]

  2. […] dah siap tampal periuk bocor.  Bolehlah kukus ikan atau buat puding roti karamel tiap hari.  Plaster zink aluminium ni boleh bertahan lama, saya dah tampal lubang di sinki dapur […]

  3. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Menu Berbuka Puasa : Puding Roti Karamel | Hidup Biar Sedap […]