Resepi Puding Roti Karamel

Pada bulan Ramadan, puding adalah satu juadah  mudah yang paling sesuai untuk disediakan.  Terdapat berbagai jenis dan cara untuk menyediakan puding bergantung kepada kreativiti seseorang.

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair . Bagi keluarga yang ramai, agak ketat jugalah untuk membeli puding ini di Bazar Ramadan.

Jadi puan-puan, marilah kita memasak sendiri Puding Karamel.  Klik link ini untuk mendapatkan resipinya  Tips Memasak dan Resepi Puding Karamel

Walau bagaimana pun, saya tak berapa suka dengan puding karamel yang biasanya menggunakan telur.  Agak muak.  Jadi untuk mendapakan rasa yang ‘kena dengan tekak’, saya lebih suka Puding Roti Karamel.   Teksturnya lebih keras dan mudah dipotong.

Karamel  sebenarnya adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.

Puding Roti Karamal menggunakan cara kukus.  Mula-mula kita sediakan bahagian gula hangus terlebih dahulu.

Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

 Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus.

  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.

Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.

Bahan-bahan  Puding Roti Karamel

  • 4 keping roti gardenia  dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur  dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak Puding Roti Karamel

  • Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yangberisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.

Sejukkan sebelum dihidangkan.

puding roti karamel

Senang, kan?

Saya berdua saja dengan Intan, separuh loyang lagi dihantar ke rumah kakak ipar.  Kami berdua berbuka dengan nasi, tak perlu ada kuih pun tak apa tetapi sesekali teringin juga nak memasak mencuba berbagai resepi.

Resepi ini saya dapat dari kawan blogger lama saya , Jun .  Kami pernah berjumpa pada Disember 2007.

Resepi yang mudah dan sesuai pada bulan Ramadan

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Jadi pengen mencoba dirumah
    thanks buat resepnya Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Resep Masakan Indonesia ..Resep SushiMy Profile

  2. yatie fadzil says:

    sedapnya tengok puding tu sy nk try lah ry haji nie

  3. zainah says:

    sedap… saya dh try & bagi kengkawan makan. good feed back sampai ada yg order. padahal main campak je bhn2. tqvm

  4. Salam kenal..akak share resepi dalam blog nanti ya…
    Jom terjah post menarik dari kak mas ..Gantung alat perang sekejap…..My Profile

  5. kak jie, nak copy resepi ni dalam blog. nanti saya bagi credit ke kak jie.hehe
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..perkara yang yahudi tak mahu dunia tahuMy Profile

  6. Pasti lezat, jika ada waktu saya juga pengen mencoba dirumah
    thanks buat resepnya Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi Penalti Dari Algoritma Google PenguinMy Profile

  7. Adehh…sungguh enak kelihatannya….
    Jom terjah post menarik dari zack ..‘Her words drew me to Islam’My Profile

  8. sodap nih kak jie
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel PenangMy Profile

  9. Ummi Hanie says:

    inilah resepi karamel yg dicari2… yg kurang telur 😉

    thanx kak jie 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Terliur sendiri tengok lampin kain moden ni !My Profile

  10. niknormasitah says:

    aaaaaa..kak jie. terliur sangat tengok. Nik mintak copy masuk blog ye kak jie. Harini nak try la:)
    Jom terjah post menarik dari niknormasitah ..Bufet ramadhan Kuantan, 2012My Profile

  11. fuhh..macam sedapaje nih. bak sikit.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 19 dari InnityMy Profile

  12. nak kena beli pengukus dulu baru boleh cuba resepi puding roti kak jie ni..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Siaran percuma dari astro untuk aku ?My Profile

  13. pernah buat sekali je sbb org2 kat rumah nih tak suka. diorg suka puding biasa je.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Apa Jadi Dengan Cerita Eyriqazz VS DenaihatiMy Profile

  14. Saya juga pengen membuatnya
    terima kasih atas resepnya Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Daftar Dan Verifikasi / Klaim Blog di AlexaMy Profile

  15. bleh try cuba buat nih..hahaha…bulan puasa ni..bleh wt sahur..hahaha..meletup la dapur kalau aku memasak..
    Jom terjah post menarik dari faizfakhirin ..#Python Ular Sawa Kuning Kesayangan SayaMy Profile

  16. Nampak cantik hingga takut untuk dimakan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

  17. cantik lah puding tu. kemas aje. harus di try nih. timakasih kakjie 🙂
    Jom terjah post menarik dari ciknor ..Bila mula lapar dan dahaga…..My Profile

  18. Terima kasih kak jie utk resepi ni. Mmg boleh buat ni…hehe..

    p.s.Kurma dah cukup utk pembuka selere…hihihi

  19. Oh, dah lama tak buat puding roti karamel… Minggu depan balik utara nak buatlah .. wehheeee ^_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Godaan Semasa ke Bazar RamadhanMy Profile

  20. Salam Kak Jie. Lama tak singgah sini. Selamat berpuasa untuk Kak Jie dan keluarga. Hari tu saya baru buat puding karamel. hehe. Memang feveret saya la bila time puasa camni. Puding roti karamel belum cuba lagi. Maybe boleh guna resepi ni nanti. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amir Said ..Resepi Ikan PercikMy Profile

  21. owh,yg ni ada buh roti. nk cuba gak la nanti. trm ksh k.jie 😉

  22. Saya suka yang dibakar dalam ketuhar tu…….mmm terliur lak dah 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Semangat 1 Malaysia Yang HampehMy Profile

  23. maza lebih suka makan dengan susu cair..
    mcam badak berendam gak ler..

    errr… sila jangan bayangkan bagaimana maza berendam ya…. oppss..

    heheheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Popia BasahMy Profile

  24. aduiii rajinnya kujie, nampak sedap sangat, saya ni rajin makan jer, buat kus semangat memang malas
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..trend baru poligamiMy Profile

  25. Bila leh kami serbu?
    Jom terjah post menarik dari Azwan Muhamad ..Waktu Afdhal Bayar Zakat FitrahMy Profile

  26. hai kak jie..!
    selamat berpuasa..

    dayah nak try resepi pavlova akak dulu weekend nih..
    lepas tu baru dayah cuba yang nih ek..

    🙂

    nampak gebu la caramel akak tu..!
    jeles..

    hihi..
    Jom terjah post menarik dari hidayah ..pencuri kucing , patut tak aku menyumpah kau??!My Profile

  27. lynnaiza says:

    macam senang.ok nak try! ;p

    • tak sampai 5 minit dah boh atas pengukus

      tunggu je 40 minit sambil stalk twitter… kan…. kan… kan….!
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Operasi Menjelang RamadanMy Profile

      • LynnAiza says:

        hahaha. kekadang je masuk twitter tu skrg. puasa tweet2 (konon2). hihi. selalu blogwalking and facebook-ing je sekarang. :p

        kakjie,nanti ada resipi senang2 macam ni,share lagi yep. 🙂

Trackbacks

  1. […]  Lembut dan manis sesuai bila-bila masa pun.  Paling sedap di dimakan sewaktu sejuk. Resepi Puding Roti Karamel pun sedap […]

  2. […] Puding roti – Resepi Puding Roti atau Puding Roti Karamel […]

  3. […] Puding roti – Resepi Puding Roti atau Puding Roti Karamel […]