Hari Pertama Dia

awekaweeek

Inilah kucing baru di rumah saya. Nama belum ada. Susah sungguh nak pilih nama yang nampak feminin. Umurnya anggaran 2.5 bulan. Semalam saya dah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan awal. Doktor dah bagi makan ubat cacing dan suktik vaksin.

Doktor cakap, kaki dia yang kudung tu masih baru.  Mungkin cedera atau digigit binatang liar.

Sedih sangat bila tengok kaki kuding tu bergerak-gerak seolah-olah cuba menggaru badan tapi tak sampai.

awekaweekkk

Saya cuba sekerap mungkin dekatkan dia dengan Julie dan anaknya Camo. Julie juga kucing yang saya selamatkan dari atas bumbung genap setahun.

Julie dan Camo tak ada masalah, sentiasa ingin menyentuh dan bergaul tetapi dia mungkin rasa belum selamat. Selama ini hidup terbiar ditempat yang penuh cabaran, perasaan ingin melindungi diri sendiri tersangat tinggi sehingga tidak dapat membezakan kawan atau pun lawan.

Saya ajar sekali aje untuk menggunakan pasir tandas.  Dia dah boleh pergi sendiri bila perlu.

kucing

Sangat aktif, sihat  dan berdikari.

Ada kenangan manis sewaktu bawa dia balik rumah.  Sepanjang jalan dia diam tidur atas riba, tak nak duduk kat seat belakang.  Dah dekat nak sampai rumah, dia terjaga dan mula gelisah.  Dua tiga kali meow…..terus rasa hangat.  ha ha ha…rupa-rupanya dia dah kencing dan berat atas baju raya!

Amboi kau…. pelik sebab tak bau macam najis kucing, tapi bau macam palet makanan ikan.  Saya bela ikan, saya tahu macam mana bau makanan ikan tu.  Najis dia tak melekit-lekit macam najis kucing biasa tapi berketul ketul macam dedak.

awekawek

Berat 18/08/2014 – 800gm.  Moga membesar bagai johan!

 

NOTAKAKIKUJIE :  Intan nak bagi nama Sydney..saya cakap terlalu urban…hahaha. Kesudah kami tak ada keputusan untuk nama si comel ni

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Comelnya…lepas ni lagi gemuklah dia..

  2. comel betul duk atas timbang.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Resepi Cream puff shu kurimu pasti menjadiMy Profile

  3. comel!!!!
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Kecik dalam kenangan ~July 2013 – Jan 2014~My Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam